`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 22, 2023

Duit ‘hilang’ dalam akaun bank di Johor meningkat 7 kali ganda

 

Polis berkata orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada pihak tidak berkaitan.

PETALING JAYA: Kes membabitkan kehilangan wang daripada akaun bank di Johor setakat kelmarin meningkat tujuh kali ganda membabitkan 173 kes berbanding 23 dicatatkan tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata kes jenayah siber itu membabitkan jumlah kerugian tinggi iaitu RM4.5 juta berbanding RM500,000 dalam tempoh sama.

Katanya, siasatan mendapati kes wang berkurangan dari akaun bank disebabkan dua faktor utama.

Ads by Kiosked

“Faktor pertama atau modus operandi digunakan ialah mangsa menerima panggilan daripada suspek mengaku sebagai penguat kuasa atau pihak tertentu yang mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah dan akaun bank mereka akan dibekukan.

“Suspek kemudian menawarkan untuk membantu mangsa dan meminta mangsa memberikan atau mendedahkan maklumat perbankan yang penting seperti nombor akaun bank, kod pengesahan kad (CVC) atau nilai pengesahan kad (CVV), nama pengguna dan kata laluan serta nombor laluan sekali sahaja (OTP),” katanya menurut Harian Metro.

Selain itu katanya, modus operandi kedua pula menggunakan helah menarik mangsa untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditemui secara dalam talian dan mangsa diarahkan menekan pautan diberikan bagi tujuan pendaftaran dan membuat pembayaran.

Beliau berkata, mangsa memasukkan butiran perbankan masing-masing melalui pautan itu tanpa sedar maklumat dihantar kepada pihak tidak sepatutnya.

Katanya, mangsa menyedari berlaku pengurangan wang dalam akaun bank hanya selepas membuat semakan penyata atau menerima notifikasi daripada bank.

“Polis menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada pihak tidak berkaitan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.