KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengambil langkah proaktif menangani gejala Islamofobia yang membarah di negara luar, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Menyingkap soal fahaman agama melampau, tentunya ini berpangkal pada soal pendidikan dan bagaimana masyarakat kita dididik dan diasuh.
“Sering diingatkan bahawa sayugia (sepatutnya) kita menjadi pendakwah dan bukan penghukum. Justeru, penting untuk diketengahkan fahaman lebih sederhana serta membudayakan Adab al-Ikhtilaf dalam menyikapi perbedaan pandangan,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
Semalam, Anwar dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail meraikan ulama terkenal Zimbabwe, Mufti Ismail Menk, Syeikh Muhammad Salah daripada Huda TV, Amerika Syarikat dan Syeikh Wael Ibrahim daripada The Aware Academy, Australia di Putrajaya.
“Saya terharu dengan rasa senang dan nyaman Mufti Menk dan rombongannya sepanjang keberadaan mereka di Malaysia. Beliau berhasrat kembali lebih kerap ke sini.
“Saya nyatakan pintu kita sentiasa terbuka dan mudah-mudahan negara tercinta ini sentiasa mendapat limpahan berkat dari Allah,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.