`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 20, 2023

Fahmi minta SKMM selesai isu menara telekomunikasi tak berfungsi di Sarawak

 

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, beliau juga mahu masalah panggilan terputus di kawasan yang mempunyai isyarat lemah di Sarawak diatasi segera.

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diminta memanggil semua syarikat telekomunikasi bagi mencari jalan penyelesaian mengenai isu menara telekomunikasi yang tidak berfungsi disebabkan ketiadaan piring satelit di Sarawak.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kementeriannya akan mengeluarkan arahan itu kepada SKMM dalam tempoh kurang dua minggu bagi membincangkan isu yang digelar sebagai ‘menara tiada kuali.’

Beliau berkata isu itu merupakan antara beberapa aduan yang diterima sejak beliau memulakan lawatan pertamanya ke Sarawak pada Khamis lepas.

Ads by Kiosked

“Antara sebab saya ingin datang melihat sendiri keadaan ini ialah untuk mencari jalan penyelesaian… untuk ada Internet berkualiti, kita perlukan menara yang ada kuali… insya-Allah kita dapat Internet berkualiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian JIWA Kita Madani.

Fahmi berkata perkara kedua untuk diselesaikan ialah panggilan terputus di kawasan yang mempunyai isyarat lemah.

“Sebagai contoh, ketika saya masuk ke bangunan ini tadi, hanya satu bar sahaja tanda isyarat. Jadi kita perlukan jalan penyelesaian, apa yang diperlukan untuk dipasang di dalam bangunan ini agar isyarat tidak mengalami masalah,” katanya yang berharap untuk ‘menoktahkan’ permasalah Internet seperti itu dengan segera agar rakyat Malaysia dapat menikmati perkhidmatan berkualiti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.