`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, May 1, 2023

Guaifenesin Syrup tak berdaftar di Malaysia, kata KP Kesihatan

 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan, berkata produk sirap ubat batuk tercemar diethylene glycol (DEG) dan ethylene glycol (EG) adalah toksik kepada manusia.

KUALA LUMPUR: Produk sirap ubat batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup yang dikilangkan QP Pharmachem Ltd (Punjab, India) didapati tidak berdaftar di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan.

Beliau berkata, ia berdasarkan semakan dilakukan terhadap pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkaitan produk berkenaan.

“Pengambilan produk sirap ubat batuk tercemar dengan diethylene glycol (DEG) dan ethylene glycol (EG) adalah toksik kepada manusia yang boleh memberikan kesan seperti sakit pada bahagian abdomen, muntah, cirit-birit, kesukaran untuk membuang air kecil, sakit kepala, perubahan pada keadaan mental, dan kecederaan teruk pada buah pinggang.

Ads by Kiosked

“Produk tercemar ini adalah tidak selamat untuk digunakan terutama dalam kalangan kanak-kanak kerana boleh menyebabkan kesan serius atau kematian,” katanya dalam kenyataan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 25 Apr lalu, telah mengeluarkan amaran mengenai sirap ubat batuk tercemar yang merujuk kepada sirap ubat batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup yang dikesan mengandungi diethylene glycol dan ethylene glycol melebihi had dibenarkan.

Radzi berkata, meskipun ia tidak berdaftar di Malaysia, orang awam berkemungkinan menggunakan atau mengetahui sesiapa sedang menggunakan produk itu, dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan, terutama jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan advers.

Orang awam mempunyai sebarang maklumat berhubung penjualan produk tidak berdaftar di pasaran, boleh membuat aduan melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my atau melaporkan di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau menghubungi talian 03-7841 3200 untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Orang awam juga digalakkan membuat aduan sekiranya terdapat keraguan tentang kualiti dan keselamatan produk digunakan.

“KKM menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin serta akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.