`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 8, 2023

Guna pili bomba tanpa kebenaran, Ahli Parlimen diseru minta maaf, kata menteri

 

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, berkata menjadi kesalahan menggunakan pili bomba tanpa kebenaran. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Nga Kor Ming menyeru seorang Ahli Parlimen meminta maaf kerana menggunakan pili bomba tanpa kebenaran di Kelantan.

Menteri pembangunan kerajaan tempatan itu, berkata ini kerana tiada permohonan diterima pihak bomba negeri.

“Saya menyeru mana-mana pihak yang terlibat, saya tak nak sebut nama, walaupun sudah diketahui umum, wajib mohon maaf daripada bomba.

Ads by Kiosked

“Saya difahamkan oleh pegawai yang memang ada Ahli Parlimen tersebut dilaporkan media berkata dia ambil air itu dengan kebenaran bomba.

“Tapi dalam siasatan kita jelas, pengarah bomba negeri sahkan yang dia tidak ada sebarang kebenaran. Sebab itu, kelakuan menipu ini berdosa, jangan teruskan dosa macam ini memang tak baiklah,” katanya menurut Malaysiakini.

Semalam, FMT melaporkan, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff menafikan dakwaan mencuri air dari pili bomba, selain mendakwa mendapat kebenaran mengambil air dari sumber itu.

Bagaimanapun, menurut Berita Harian, Pengarah Jabatan Bomba Kelantan Zainal Madasain, berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi tujuan itu.

“Saya juga hubungi pengurus besar AKSB dan beliau maklumkan pihaknya juga tiada terima permohonan daripada YB (Siti Zailah).”

Nga ketika mengulas lanjut, berkata tindakan terlibat dalam mencuri atau mengambil air pili bomba tanpa kebenaran adalah kesalahan mengikut Seksyen 26 Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Ads by Kiosked

“Siapa-siapa yang nak ambil, air dari pili bomba perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak bomba.

“Jika ia dilakukan sewenang-wenangnya, apabila berlaku kebakaran pihak bomba akan mengalami kesukaran berkaitan tekanan air dan isi padu air tidak cukup. Rakyat yang akan dimangsakan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.