`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 24, 2023

Hayun parang arah polis selepas ancam ibu, anak maut ditembak

 

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata suspek berusia 44 tahun yang ditembak didapati berada di bawah pengaruh dadah. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah terbunuh apabila polis melepaskan tembakan setelah bertindak agresif mahu mencederakan ibunya dalam satu kejadian di Hutan Melintang, Bagan Datuk, semalam.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata dalam kejadian 11.30 malam tadi, suspek berusia 44 tahun dan bekerja sebagai buruh itu bertindak agresif menggugut mahu menetak ibunya.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian polis berusaha memujuk suspek memberikan kerjasama, namun dia enggan dan bertindak agresif.

Ads by Kiosked

“Suspek kemudiannya mengugut menetak dan mencederakan ibunya berusia 72 tahun. Suspek turut meletakkan parang di tengkuk mangsa dan menuntut pihak polis untuk beredar.

“Bimbang akan keselamatan mangsa, pihak polis sedaya upaya memujuk suspek untuk bertenang, namun dia memeluk mangsa sambil mengacukan parang dan gunting kepada mangsa,” katanya menurut Bernama.

Yusri berkata, menyedari polis berjaya masuk ke dalam rumahnya, suspek kemudian menolak ibunya hingga terjatuh dan pengsan serta membaling kipas angin sambil menghayunkan parang kepada polis yang cuba menangkapnya.

“Atas faktor keselamatan dan ancaman nyawa dihadapi polis, satu das tembakan telah dilepaskan ke arah suspek dan terkena di bahagian bahu kiri. Suspek telah rebah ke lantai dan mangsa berjaya diselamatkan.

“Pihak polis bertindak menghubungi ambulans ke tempat kejadian bagi membantu suspek dan mangsa yang cedera. Namun suspek telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan setibanya di lokasi,” katanya.

Menurut Yusri, bedah siasat ke atas suspek dijalankan hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta di bawah laporan mati mengejut (SDR).

Ads by Kiosked

Katanya, suspek yang merupakan seorang duda mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.