`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 24, 2023

Mohon tanah 129 hektar, Hajiji akan siasat Adun Nabawan

 

Hajiji Noor berkata tindakan akan diambil terhadap Adun Nabawan jika terdapat unsur menyalahi undang-undang berhubung permohonan tanah seluas 129 hektar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan Sabah akan menyiasat dakwaan mengenai permohonan tanah seluas 129 hektar membabitkan Adun Nabawan, Abdul Ghani Mohd Yassin, kata Ketua Menteri Hajiji Noor.

Ia susulan Sarifuddin Hata (Warisan-Merotai) membangkitkan kewajaran permohonan tanah oleh seorang Adun sehingga dipersoal rakyat.

Sarifuddin sebelum itu, mempersoalkan kesukaran dihadapi rakyat apabila memohon tanah kerajaan dan terkilan apabila mendapat tahu seorang Adun boleh memohon tanah sebegitu luas.

Ads by Kiosked

Menurut Hajiji, beliau akan mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang unsur menyalahi undang-undang berhubung permohonan tanah di daerah Nabawan itu.

“Saya akan siasat perkara ini dan kita ambil tindakan sewajarnya,” katanya menurut Berita Harian. Hajiji berkata demikian ketika menggulung perbahasan Jabatan Ketua Menteri pada Sidang DUN Sabah.

Bagaimanapun, Ghani yang turut berada dalam dewan, mencelah dan memaklumkan ia baru membabitkan proses permohonan tanah, selain memperbetulkan jenis permohonan iaitu tanah pajakan negara (CL) dan bukannya pendudukan sementara (TOL) untuk membalak seperti didakwa Sarifuddin.

Semalam, Ghani dalam perbahasannya, memberi penjelasan berhubung status sebidang tanah seluas 129 hektar di Nabawan yang didakwa dimohon atas namanya.

Penjelasan itu berikutan tuduhan negatif dilemparkan terhadapnya oleh pemimpin pembangkang selepas permohonan tanah atas namanya disebarkan di media sosial oleh pihak tertentu.

Ghani mengakui kewujudan permohonan atas namanya itu yang membabitkan tanah bekas Hutan Simpan Pensiangan Kelas II yang sudah dibubarkan sebelum diwartakan sebagai Tanah Kerajaan Tatalaan.

Ads by Kiosked

Beliau menjelaskan, permohonan itu atas permintaan pemimpin masyarakat dan penduduk kampung di kawasan terbabit untuk menggunakan namanya bagi menghalang individu atau syarikat dari luar memohon tanah berkenaan.

Katanya, tujuan memohon tanah itu untuk melaksanakan projek ternakan melalui penubuhan sebuah koperasi dengan usaha sama Lembaga Pembangunan Tanah Negeri Sabah (SLDB). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.