`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 21, 2023

KDN tambah 200 pegawai JIM di pintu masuk negara, kata Saifuddin

 

Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihak kementerian akan sentiasa menempatkan lebih ramai kakitangan di pintu masuk utama negara mengikut keperluan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen (JIM) akan menempatkan lebih ramai kakitangan di pintu masuk utama negara mengikut keperluan, dengan tindakan permulaan menggerakkan 100 pegawai di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, di Johor.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata 100 lagi pegawai pula akan ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2, bermula esok.

Katanya, penempatan pegawai baharu itu melibatkan pegawai yang menamatkan latihan hari ini.

“…selain pasukan respons pantas yang kita tubuhkan secara ad-hoc sebelum ini, saya optimis penugasan mereka juga meredakan isu kesesakan di pintu masuk,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas, Tinggi, dan Pengurusan Keimigresenan Siri 1 2023 di Akademi Imigresen Malaysia (AIM) di Port Dickson.

Semua pegawai terbabit adalah sebahagian daripada 222 orang yang menamatkan latihan itu dan bakinya akan ditempatkan di Bahagian Keselamatan dan Pasport Putrajaya, AIM serta JIM Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, dan Sarawak.

Beliau juga berkata, JIM telah menyumbang RM5.2 bilion kepada kutipan hasil negara pada 2022 termasuk melalui perkhidmatan agensi itu, kutipan hasil levi, dan program seperti rekalibrasi tenaga kerja.

Katanya, sepanjang tempoh 1 Jan hingga 18 Mei lalu, JIM telah melaksanakan sebanyak 3,147 operasi penguatkuasaan yang menyaksikan 35,387 individu diperiksa dan 21,125 pendatang tanpa izin ditahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.