`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 21, 2023

Kos RM26 juta bangun semula flat Tuta, kata exco Johor

 

Exco Johor Mohd Jafni Md Shukor, berharap kerajaan pusat menyediakan peruntukan khas memandangkan 70% Perbadanan Pengurusan flat awam berdepan masalah pungutan caj penyelenggaraan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kerajaan Johor mempertimbang membangunkan semula flat kos rendah Taman Ungku Tun Aminah (Tuta), Johor Bahru melibatkan kos RM26.3 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mohd Jafni Md Shukor, berkata flat mempunyai 44 blok berkenaan yang berusia lebih 40 tahun itu perlu diselenggara kerana mempunyai pelbagai masalah.

“Sebagai contoh, bagi satu blok sahaja, kita (kerajaan Johor) terpaksa keluar kos lebih kurang RM1.8 juta untuk 72 unit rumah, jadi setiap unit kena belanja dalam RM25,000 dan kos tersebut seperti bina rumah baharu.

Ads by Kiosked

“Pilihan kedua pula, kita lakukan rejuvinasi, kita roboh sebahagian flat dan bina baharu. Kalau pembangunan semula ia boleh bertahan 40 tahun akan datang, jika keluar kos RM1.8 juta untuk satu blok sahaja, kemungkinan akan bocor dari segi perpaipan dan sebagainya serta rosak lagi,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menyertai aktiviti “plogging” Johor Bersih di flat berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri pada masa sama akan melakukan projek perintis bagi menyelenggara sebuah blok di flat tersebut iaitu Blok 16, yang mempunyai masalah paling teruk antaranya membabitkan isu siling dan bumbung, pendawaian serta saliran, dan perparitan.

Jafni berkata, projek perintis di blok mengandungi 72 unit rumah itu adalah di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

“Untuk projek perintis di blok tersebut mungkin bermula pada Oktober depan dan jangka siap hujung tahun ini. Apabila siap, projek perintis ini akan menjadi sampel kepada kerajaan dari segi berapa banyak belanja dikeluarkan untuk satu blok dengan 72 unit, jadi adakah dengan perbelanjaan ini ia berbaloi atau sebaliknya,” katanya.

Beliau pada masa sama berharap kerajaan persekutuan dapat menyediakan peruntukan khas untuk tujuan penyelenggaraan flat awam yang berusia lebih 40 tahun di negeri ini.

Ads by Kiosked

Jafni berkata, sebanyak 70% Perbadanan Pengurusan (MC) di flat awam didapati menghadapi masalah pungutan caj penyelenggaraan.

“Dengan hanya 20 hingga 30% pemilik bayar, jadi mereka (MC) tidak boleh untuk meneruskan pengurusan komuniti di situ, malah ada flat awam yang tiada MC, sebab itu kerajaan persekutuan perlu peruntuk bajet khas untuk flat awam berusia lebih 40 tahun yang kritikal,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.