`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 27, 2023

KPM bincang naik gaji guru berkelayakan akademik lebih tinggi

 

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM sentiasa memberi galakan untuk guru menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) dalam radar perbincangan berhubung saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga memandang serius saranan tersebut dan berpandangan ia mestilah selari dari segi integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan yang menjadi tumpuan KPM.

“Kita ambil pandangan itu secara serius dan saranan berkaitan kenaikan gaji penjawat awam, seperti mana yang diumum Perdana Menteri (Anwar Ibrahim), akan jadi tumpuan awal sebaik saja ekonomi negara pulih.

“Ia juga tidak lari daripada hasrat KPM yang melihat perkara sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival Kita Madani Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Sungai Duri, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang Sabri Said.

Fadhlina, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung saranan agar kerajaan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi.

Setiausaha Kluster Pendidikan & Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Anuar Ahmad dilaporkan berkata, ketika ini gaji guru yang memiliki sarjana dan doktor falsafah (PhD) adalah sama dan perkara ini wajar dikaji semula.

Tambahnya, kerajaan harus memberikan insentif kepada guru yang mempunyai kelayakan lebih tinggi agar mereka dapat merasakan pentingnya untuk melanjutkan pengajian bukan sahaja untuk menambah ilmu, tetapi juga agar dapat memperoleh gaji lebih tinggi.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM sentiasa memberi galakan untuk guru menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana integriti perguruan dan kualiti guru juga meningkat dari semasa ke semasa.

“Saya ingat dari segi guru nak sambung pelajaran tidak jadi halangan malah kita menggalakkan,” katanya.

“Saya juga membuka ruang yang luas untuk mereka (sambung belajar), lagipun guru sekarang ini sangat berkelayakan dan terlatih dalam bidang mereka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.