`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 16, 2023

Lebih 50% flat kos rendah di Johor kotor, kata exco

 

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohd Jafni Md Shukor (dua dari kanan) meninjau keadaan persekitaran yang kotor ketika melawat Flat Taman Ungku Tun Aminah di Johor Bahru. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Lebih 50% flat kos rendah di Johor dikategorikan sebagai kotor, selain dikenal pasti mempunyai pelbagai masalah penyelenggaraan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohd Jafni Md Shukor berkata masalah tersebut dilihat sama seperti yang dizahirkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.

Beliau berkata terdapat lebih 100 projek flat awam di negeri ini yang sebahagian besarnya terletak dalam kawasan ‘Greater Johor Bahru’ iaitu di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB); Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP); Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) serta Majlis Perbandaran Kulai.

Ads by Kiosked

“Daripada jumlah itu juga, boleh dikatakan lebih 50% berada dalam kategori seperti yang dititah Sultan Johor,” katanya kepada pemberita selepas melawat Flat Taman Ungku Tun Aminah.

Sehubungan itu, Mohd Jafni berkata sudah tiba masa bagi kerajaan Persekutuan tampil menyediakan peruntukan khas untuk tujuan kerja-kerja penyelenggaraan flat awam bukan sahaja di Johor tetapi juga di seluruh negara.

Menurutnya ini berikutan flat awam berbeza dengan Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Rumah Sewa Kerajaan (RSK) yang mempunyai peruntukan khas untuk diselenggarakan menerusi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Selama ini tiada peruntukan khas kerajaan untuk flat awam kerana ia merupakan kediaman swasta yang diuruskan penduduk menerusi penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

“Malangnya, lebih 70% flat awam di negeri ini gagal mendapat bayaran penyelenggaraan bulanan mencukupi bagi membolehkan kontraktor melakukan kerja-kerja pembaikan,” katanya.

Semalam, Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan baginda dengan tahap kebersihan dan penyelenggaraan flat kos rendah atau flat awam di negeri itu.

Ads by Kiosked

Titah baginda kebanyakan flat kos rendah di Johor dalam keadaan daif dengan sampah dibuang merata-rata hingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.