`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 16, 2023

Suami isteri tak sedar ‘anak tertinggal’ di kedai makan di Raub

 

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu ditinggalkan tanpa sedar ibu bapanya di Medan Selera, Simpang Kallang, Raub. (Gambar IPD Raub)

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri tertinggal anak lelaki berusia enam tahun yang tertinggal di sebuah medan selera di Simpang Kallang, Raub, Pahang, semalam.

IPD Raub dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku berpunca apabila ibu mangsa menyangka anaknya bersama bapa, manakala bapa pula menyangka kanak-kanak itu bersama ibunya.

Kenyataan itu menyebut, kejadian difahamkan berlaku ketika keluarga terbabit berhenti di medan selera berkenaan untuk makan tengah hari semalam, sebelum pasangan suami itu berpisah untuk bergerak semula ke destinasi masing-masing.

Ads by Kiosked

“Ibunya bergerak ke arah Kelantan, manakala bapanya ke arah ibu kota (Kuala Lumpur) dan tidak sedar anaknya tiada bersama mereka.

“Ibu bapa kepada kanak-kanak itu menyangkakan kanak-kanak itu bersama bapanya, begitu sebaliknya dan menyedari sehingga pihak polis berjaya menghubungi bapa kanak-kanak itu tentang kejadian tertinggal kanak-kanak itu,” katanya.

Menurut kenyataan, usaha untuk menghubungi bapa kanak-kanak itu berjaya dan dia datang semula ke IPD Raub untuk mendapatkan anaknya.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga anak masing-masing dan memastikan anak sentiasa dalam jagaan baik agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.