`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 16, 2023

Sanusi jangan salahkan P Pinang, amaran baraj ‘terbuka’ dihantar kepada Kedah

 

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow kesal dengan sikap Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor yang membuat kenyataan tanpa fakta melibatkan penyusutan mendadak Sungai Muda, baru-baru ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Chow Kon Yeow kesal dengan sikap Sanusi Md Nor yang membuat kenyataan mengelirukan tanpa fakta apabila meletakkan kesalahan kepada Pulau Pinang berhubung masalah sistem baraj di Sungai Muda.

Ketua menteri berkata, pada 14 Mei, pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM) telah menghantar surat kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) memaklumkan pintu baraj terbuka sendiri, mengakibatkan pengaliran air ke laut tanpa sekatan.

Keadaan itu menyebabkan paras Sungai Muda susut mendadak daripada 1.85m kepada 0.67m.

Ads by Kiosked

“Pembukaan atau penutupan pintu baraj di Sungai Muda itu dikendalikan melalui Sistem Scada secara automatik tetapi pada 13 Mei jam 8.30 malam ia ‘terbuka’ sendiri tanpa amaran selama 11 jam.

“Keesokan harinya pada jam 7.30 malam PLSM mendapati paras air Sungai Muda turun ke paras 0.67m sebelum bertindak menutup semula pintu baraj berkenan secara manual di bahagian Kedah.

“Pihak kerajaan negeri sekali lagi ingin menyatakan bahawa surat itu dihantar kepada LSANK dan bukan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) atau mana-mana pihak di Pulau Pinang,” katanya menurut Berita Harian.

Chow berkata, terdapat dua baraj dibina merentangi Sungai Muda iaitu yang pertama setinggi 1.8m dibina pada 1973 dalam kawasan Pulau Pinang, manakala satu lagi baraj setinggi 2.1m dibina di sebelah Kedah, pada 2014.

Semalam, Sanusi yang juga menteri besar Kedah menggesa kerajaan Pulau Pinang segera menangani apa yang digambarkan sebagai masalah pintu baraj di Sungai Muda yang rendah, usang, dan tidak diselenggara.

Beliau berkata, ketinggian pintu baraj yang rendah menyebabkan pembaziran air mentah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.