`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 25, 2023

Pemberian sagu hati raya ikut prosedur tadbir urus kewangan, kata AKSB

 

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menjelaskan pemberian sagu hati Aidilfitri kepada ahli lembaga pengarah syarikat dan kakitangannya adalah mengikut prosedur tadbir urus kewangannya.

PETALING JAYA: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menjelaskan pemberian sagu hati Aidilfitri kepada kakitangan serta ahli lembaga pengarahnya dilakukan mengikut prosedur tadbir urus kewangan syarikat.

Ia berkata pemberian itu bagi membantu meringankan beban warga syarikat untuk menyambut hari raya.

“Malah ia dilulus oleh lembaga pengarah iaitu badan tertinggi sesebuah syarikat. AKSB ialah sebuah syarikat Sdn Bhd.

Ads by Kiosked

“Amalan memberi sagu hati Aidilfitri kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan syarikat adalah amalan biasa sebuah syarikat sebagai keraian kepada ahli-ahli lembaga pengarah dan sebagai membantu meringankan beban warga syarikat menyambut Aidilfitri,” katanya menurut Berita Harian.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, menggesa AKSB dan kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung pemberian sagu hati itu.

Beliau berkata, perkara itu perlu dijelaskan khususnya mengenai rasional pemberian sagu hati berkenaan sama ada ia sepadan pencapaian AKSB dalam melaksanakan perkhidmatannya membekalkan air bersih.

Kelmarin, tular di Facebook satu notis mengenai pemberian sagu hati raya RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah AKSB, yang dipercayai melibatkan sembilan individu.

Turut dinyatakan dalam notis itu ialah pemberian sagu hati RM200 kepada semua kakitangan dan RM2,000 untuk setiausaha syarikat.

AKSB kemudian membuat laporan polis berhubung kebocoran “dokumen sulit” itu.

Ads by Kiosked

Laporan polis dibuat Pegawai Undang-undang AKSB, Muhammad Amin Shamsudin, terhadap dua hantaran Facebook yang dimuat naik individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain sebelum individu terbabit dipanggil polis, semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.