KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Clifford Francis Herbert yang meninggal dunia pagi ini.
Anwar menerusi catatan di Facebook berkata, mendiang adalah seorang pegawai yang baik dan telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara.
“Secara peribadi, saya akan terus mengingati jasa mendiang terhadap pembangunan negara khususnya pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Saya utus salam takziah buat keluarga mendiang, semoga mereka tabah hadapi dugaan ini,” katanya.
Clifford, 81, menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1964, berkhidmat sebagai ketua setiausaha perbendaharaan mulai 1994 sebelum bersara pada 1997. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.