`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 7, 2023

Inap desa jadi transit edar dadah RM3.43 juta

 

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat menunjukkan dadah yang dirampas daripada sindiket pengedaran dadah dalam satu sidang media di IPD Pontian. (Gambar PDRM)

PONTIAN: Polis menahan lima lelaki dan merampas dua jenis dadah bernilai RM3.43 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar Pontian dan Tangkak, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata semua mereka termasuk seorang warga asing berusia antara 23 hingga 53 tahun itu, ditahan antara 8.45 hingga 10 malam.

Beliau berkata, pihaknya merampas sebanyak 64.89kg syabu bernilai lebih RM2.14 juta dan 58,626 biji pil ekstasi bernilai RM1.29 juta, yang dianggarkan boleh digunakan seramai 382,896 penagih.

Ads by Kiosked

“Modus operandi sindiket pengedaran dadah ini adalah dengan menjadikan inap desa sebagai transit pengedaran dadah ke negara jiran melalui jalan laut oleh tekong.

“Selain itu, kegiatan pengedaran dadah ini dipercayai aktif beroperasi sejak Januari lepas,” katanya pada sidang media di IPD Pontian.

Lapor Bernama, Kamarul berkata, pihaknya turut menyita empat buah kereta, sebuah motosikal, dua bot fiber berserta enjin, wang tunai berjumlah RM1,790 dan 21 dolar mata wang Singapura.

“Semua lelaki terbabit direman selama tujuh hari bermula Jumaat dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata sejak 1 Jan hingga Khamis lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor menahan 5,886 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas satu tan dadah bernilai RM14.19 juta serta menyita harta bernilai RM5.1 juta. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.