`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 11, 2023

Polis minta mangsa gangguan seksual dalam MRT buat laporan

 

Tangkap layar video tular di Twitter memaparkan seorang lelaki memakai pelitup muka dilihat merakamkan mangsa menggunakan telefon pintar dalam MRT.

PETALING JAYA: Polis meminta wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual di dalam Transit Aliran Massa (MRT) tampil membuat laporan polis agar siasatan segera dapat dijalankan.

Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata ia berikutan pihaknya mengesan video berkenaan tular di media sosial, 9.55 pagi hari ini.

“Polis mengesan video berdurasi 31 saat yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter mendakwa individu melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di dalam MRT arah Cheras menuju Pusat Bandaraya.

Ads by Kiosked

“Sehingga kini, pihak polis masih belum menerima laporan polis berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video berkenaan yang boleh menimbulkan kekeliruan atau kegusaran awam.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 31 saat di Twitter yang memaparkan seorang lelaki dengan pemakaian pelitup muka dilihat merakamkan mangsa menggunakan telefon pintar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.