`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 24, 2023

RM11.2 bilion wang tak dituntut rakyat

 

Ahmad Maslan berkata setakat semalam kerajaan mengembalikan sebanyak RM3.3 bilion kepada rakyat yang membuat tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD). (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan, setakat 30 April lalu, terdapat sebanyak RM11.2 bilion jumlah wang tidak dituntut (WTD) yang sedang diuruskan Jabatan Akauntan Negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, berkata kira-kira 70% daripada jumlah WTD itu adalah wang dalam akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih.

“Setakat semalam, kita telah mengembalikan sebanyak RM3.3 bilion kepada rakyat yang membuat tuntutan,” katanya pada sesi soal jawab.

Ads by Kiosked

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan dikemukakan oleh Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang ingin tahu jumlah WTD yang tersimpan setakat 31 Mac lalu dan bentuk cadangan bagi memanfaatkan wang tersebut yang terbiar lama untuk pembangunan negara.

Menurutnya, daripada jumlah WTD itu, kerajaan menyimpan sebanyak RM10 bilion dalam simpanan tetap dan hasilnya kerajaan memperoleh RM250 juta setahun sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, RM250 juta kemudian dikembalikan semula dalam wang disatukan dan digunakan untuk pembangunan dan bantuan rakyat.

Ahmad berkata, WTD juga didefinisikan sebagai wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus dan dividen dalam tempoh setahun atau lebih serta wang dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat yang mempunyai lebihan dalam tempoh dua tahun atau lebih.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Fong supaya WTD turut digunakan sebagai biasiswa pendidikan kepada rakyat, Ahmad berkata kerajaan bersedia untuk mempertimbangkannya, namun tumpuan ketika ini diberikan untuk mengembalikan semula wang itu kepada rakyat.

Beliau berkata, rakyat yang mahu membuat tuntutan WTD tidak perlu menggunakan ejen, malah tiada bayaran yang dikenakan dan mereka yang ingin berbuat demikian boleh merujuk portal Jabatan Akauntan Negara iaitu www.janm.gov.my atau https://egumis.anm.gov.my. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.