`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 24, 2023

Pakai tali leher ketika bersidang, speaker tegur Adun Perak

 

Speaker DUN Perak Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata Dewan Rakyat dan DUN lain mungkin berbeza, namun di Perak semua Adun mesti memakai tali leher. (Gambar Bernama)

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Mohammad Zahir Abdul Khalid menegur Adun yang tidak memakai tali leher ketika persidangan berlangsung.

Tanpa menyebut nama Adun berkenaan, Zahir berkata tahun lalu keputusan yang ditetapkan DUN itu ialah semua Adun dan pegawai kerajaan yang hadir ketika persidangan mesti memakai tali leher.

“Saya suka nak maklumkan di sini, saya ingat lagi tahun sudah (lepas) saya dah tetapkan yang memakai sut mesti memakai tali leher, jadi dalam waktu yang berbaki ini saya minta yang berhormat sila patuhi aturan mesyuarat ini.

Ads by Kiosked

“Jika rumah (dewan) lain, Dewan Rakyat misalnya mungkin putuskan kaedah lain tetapi di dewan ini speaker putuskan mesti pakai tali leher,” katanya yang mengambil ruang selepas sesi soal jawab soalan pertama di persidangan DUN Perak.

Mesyuarat ketiga tahun pertama DUN ke-15 yang memasuki hari ketiga itu bermula Isnin lalu dan akan berakhir esok.

Terdahulu, mulai persidangan Dewan Rakyat Disember tahun lalu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menetapkan Ahli Parlimen yang memakai sut diberi pilihan untuk memakai tali leher atau sebaliknya ketika persidangan.

Pada Mac lalu pula, persidangan DUN Melaka meluluskan usul memberi kelonggaran Adun memakai baju batik berlengan panjang pada Khamis dan tidak mengenakan tali leher pada hari persidangan DUN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.