`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 28, 2023

Saya tak tahu, kecuali ada ‘pihak lain’ tawar Hadi, kata Rafizi

 

Rafizi Ramli berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan sepanjang terlibat dalam pembentukan kerajaan sehingga kini.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan berhubung tawaran kepada Abdul Hadi Awang untuk menyertai kerajaan, kecuali ada “pihak lain” melakukan sedemikian.

Timbalan presiden PKR berkata, pada awal pembentukan kerajaan perpaduan, hanya tiga individu yang banyak membuat rundingan – Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan dirinya.

“Saya tak pernah dengar perkara (tawaran PAS sertai kerajaan perpaduan) itu.

Ads by Kiosked

“Sebenarnya ada tiga orang yang banyak rundingkan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan iaitu Presiden PKR, Anwar, saya dan Setiausaha Agung, Saifuddin.

“Saya tak tahu dakwaan Hadi itu cerita zaman bila, namun apa boleh saya katakan, sepanjang terbabit dalam pembentukan kerajaan malah sehingga sekarang, saya tidak tahu langsung perkara ini kecuali ada pihak lain buat tawaran, wallahua’lam,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bersama kerajaan Johor di Iskandar Puteri.

Hari ini, Presiden Umno Zahid Hamidi meminta Hadi “tidak perasan” ada pihak akan menawarkan menyertai kerajaan perpaduan.

“Itu (dakwaan PAS ditawar sertai kerajaan) di luar pengetahuan saya.”

Semalam, Hadi mendakwa dihubungi “orang tertentu” beberapa kali menawarkan kerjasama dalam kerajaan.

Ads by Kiosked

Walaupun mempersoalkan tawaran itu, Hadi dilaporkan berkata, sepatutnya ia memberi “kelebihan kepada PAS” kerana mempunyai kerusi lebih banyak berbanding parti lain.

Hadi berkata, ketika ini pihaknya terbuka dengan mana-mana tawaran oleh sesiapa pun, tetapi ia mesti tidak lari daripada prinsip, matlamat dan hala tuju PAS. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.