`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 8, 2023

Segera selenggara kipas sekolah, guna peruntukan disediakan, kata KP Pendidikan

 

Pkharuddin Ghazali berkata semua pengarah pendidikan negeri dan daerah diarah membelanjakan peruntukan untuk selenggara kipas secepat mungkin. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Semua pengarah pendidikan negeri dan daerah diarahkan mengutamakan peruntukan disalurkan bagi tujuan penyelenggaraan kipas di sekolah berikutan fenomena cuaca panas ketika ini, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Pkharuddin Ghazali.

Beliau berkata, arahan berkenaan dikeluarkan dalam sesi libat urus bersama semua pengarah pendidikan pada 3 Mei lepas untuk memastikan fasiliti itu berkeadaan baik dan berfungsi.

“Kita di KPM (Kementerian Pendidikan) sentiasa agihkan peruntukan khusus untuk penyelenggaraan fasiliti sekolah ke peringkat negeri dan daerah bagi memastikan kemudahan seperti kipas berfungsi dengan baik.

Ads by Kiosked

“Pesan KPM kepada pengarah pendidikan negeri dan daerah supaya membelanjakan peruntukan terbabit untuk sebarang kerja penyelenggaraan secepat mungkin,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara KPM dengan Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Pkharuddin berkata, arahan itu selaras dengan penetapan KPM pada 3 Mei lepas agar pihak sekolah menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum dan penganjuran sukan tahunan buat sementara waktu berikutan cuaca panas, demi keselamatan warga sekolah termasuk pelajar dan murid.

“Jadi apabila semua berada dalam bangunan sudah tentu aspek pengudaraan dalam kelas perlu kita beri perhatian,” katanya.

Media hari ini melaporkan fenomena cuaca panas telah mendorong ibu bapa membeli kipas mini elektrik untuk dibawa anak-anak ke sekolah bagi memastikan mereka selesa ketika mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.