`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 24, 2023

‘Tak wajar dipolitik’, sekolah sahkan pelajar tonton filem Anwar

 

Tiada paksaan kepada pelajar Tingkatan 6 untuk menonton filem Anwar: The Untold Story seperti ditularkan, kata pentadbir sekolah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1) mengesahkan program menonton filem biopik Anwar: The Untold Story bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di sebuah panggung wayang di Putrajaya malam tadi.

Penolong Kanan Tingkatan 6, Suziyah Selamat, berkata program itu atas jemputan pihak kementerian dan tiada paksaan kepada pelajar Tingkatan 6 sekolah itu, sambil menyifatkan ia sebahagian proses pembelajaran di luar bilik darjah.

“Kami terima undangan untuk sediakan pelajar dan kami positif kerana pelajar yang terlibat pun dah 18 tahun ke atas.

Ads by Kiosked

“Jadi, bila kita nak bawa pelajar untuk aktiviti luar, kita kena sediakan surat untuk pemakluman kepada ibu bapa dan kita edarkan kepada ibu bapa yang terlibat saja,” katanya kepada FMT.

Sejak semalam tular surat rasmi dengan kepala surat sekolah berkenaan yang memaklumkan kepada ibu bapa mengenai program tayangan eksklusif itu.

Suziyah berkata, aktiviti itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia sudah mendapat persetujuan ibu bapa terlebih dahulu, selain kandungan filem itu juga berkait dengan silibus pembelajaran Tingkatan 6 yang menyentuh isu rasuah dan pentadbiran negara.

“Pihak kementerian sediakan 50 tempat, jadi saya hanya serah surat kepada ibu bapa yang benarkan anak mereka pergi saja, kalau tak setuju anak mereka pergi, jangan bagi. Menteri pun tak paksa, cuma ia disalah erti apabila ia dipolitikkan,” katanya.

Beliau menjelaskan, sekolah itu juga sentiasa aktif terbabit dalam sebarang program dianjurkan menteri sebelum ini.

“Dulu Radzi Jidin jadi menteri, apa saja program kita tak ikut? Sebelum itu pula Maszlee Malik, kita ikut saja asalkan ia tak dikaitkan dengan politik, kami okay saja.”

Ads by Kiosked

FMT sedang mendapatkan penjelasan Fadhlina mengenai perkara itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.