`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 10, 2023

Tuntutan palsu RM1.5 juta: Mahkamah bebas pemilik syarikat, adik

 

Hakim Noorin Badaruddin membebaskan dua beradik itu selepas pihak pendakwaan tidak membantah permohonan mereka supaya dilepas dan dibebaskan. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Dua beradik yang juga pemilik syarikat pembungkusan minyak masak subsidi dibebaskan sepenuhnya daripada 52 pertuduhan berhubung tuntutan palsu pembekalan minyak masak kepada syarikat peruncit berjumlah lebih RM1.5 juta.

Sebelum ini, Mohd Farid Mohamad Ali, 44, dan adiknya Mohd Fadhil, 40, dilepas tanpa dibebaskan terhadap semua pertuduhan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Noorin Badaruddin membebaskan dua beradik itu selepas pihak pendakwaan tidak membantah permohonan mereka supaya dilepas dan dibebaskan.

Ads by Kiosked

“Mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua pemohon. Oleh itu, kedua-dua pemohon dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan,” kata hakim.

Terdahulu, peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos mewakili adik-beradik itu berkata, pihaknya memohon agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi, berkata memandangkan kedua-dua pemohon telah menjelaskan kompaun dan setelah meneliti segala dokumen daripada pemohon, pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan tersebut.

Pada 20 Jun 2022, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan kedua-dua lelaki itu daripada kesemua pertuduhan selepas pihak pendakwaan memohon supaya mereka dilepas tanpa dibebaskan setelah mereka membayar kompaun.

Farid dan adiknya kemudian membuat permohonan di Mahkamah Tinggi supaya mereka dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-52, Farid didakwa memberikan suatu dokumen iaitu Penyata Tuntutan Bayaran Bantuan Kewangan Kepada Kilang Penapis/Pembungkus Minyak Masak Sawit Tulen yang mengandungi butiran palsu bagi tempoh antara Januari 2019 hingga Mac 2020 berjumlah keseluruhan RM1,596,341.40 kepada tiga kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ads by Kiosked

Tuntutan tersebut mengandungi butiran matan palsu iaitu maklumat penjualan minyak masak kepada syarikat peruncit yang tertuduh tahu bahawa penjualan minyak masak itu sebenarnya tidak dibuat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat bahagian Subsidi dan Bekalan, Cawangan Analisa Perakaunan Industri, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, KPDNHEP, Putrajaya, antara Januari 2019 hingga Mac 2020.

Pendakwaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap, dan jika butir matan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Fadhil pula didakwa atas 52 pertuduhan bersubahat dengan Farid untuk melakukan kesalahan sama, di tempat dan masa serupa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) akta sama yang membawa hukuman sama, jika sabit kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.