`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 13, 2023

Kaedah beli minyak masak peket kumpulan sasar mula tahun depan

 

Kuota minyak masak peket ketika ini berjumlah 65,000 metrik tan sebulan, bersamaan 60 juta peket. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan kaedah pembelian minyak masak peket bagi kumpulan sasar mulai tahun depan.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, berkata seramai 5.8 juta isi rumah B40 dan M40 dikenal pasti layak berada dalam kumpulan sasar itu.

Katanya, kuota minyak masak peket pada masa ini berjumlah 65,000 metrik tan sebulan, bersamaan 60 juta peket.

“Kita juga akan menambah lagi kira-kira satu juta (pengguna) dalam kalangan usahawan mikro yang memerlukannya (minyak masak peket) seperti peniaga ayam goreng, pisang goreng dan keropok lekor,” katanya pada sidang media di Kuala Selangor, menurut Berita Harian.

Beliau berkata, KPDN sedar keperluan minyak masak peket bagi usahawan mikro untuk menjalankan perniagaan, dan meminta mereka mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan itu.

Katanya, KPDN mewujudkan sistem Pangkalan Data Utama (Padu) bawah Jabatan Perangkaan (DOSM) yang mana datanya perlu dikemas kini dan dibersihkan.

“Data ini (akan ada) paling awal hujung tahun, sebab sebelum ini data ada di merata-rata (tempat) seperti eKasih dan zakat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.