`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 15, 2023

2 beranak cari kepah terjumpa mayat di Sabak Bernam

 

Polis berkata, tiada kesan kecederaan dan luka ditemui pada badan mangsa, selain tiada kesan suntikan BCG.

PETALING JAYA: Satu mayat lelaki ditemui terdampar di Pantai Siput Bumi Hijau, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Ketua Polis Sabak Bernam, Agus Salim Mohd Alias berkata mayat disyaki warga asing itu ditemui dua beranak ketika mencari kepah di kawasan terbabit.

Katanya, polis ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 10.45 pagi tadi.

Beliau berkata, saksi dan ibunya yang sedang berjalan kaki mencari kepah terhidu bau busuk dan pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menjumpai seorang lelaki terbaring di atas pantai serta dihurungi lalat.

“Saksi segera berhubung dengan pihak polis,” katanya menurut Harian Metro.

“Tiada sebarang pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan tidak dijumpai sebarang senjata atau objek mencurigakan di kawasan si mati dijumpai.”

Katanya, tiada kesan kecederaan dan luka ditemui pada badan mangsa, selain tiada kesan suntikan BCG.

“Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat. Kertas siasatan mati mengejut dibuka sehingga hasil bedah siasat diperolehi.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.