`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 15, 2023

Bukit Aman rampas barang seludup, haiwan liar lebih RM726 juta

 

Antara barangan dirampas oleh polis dalam pelbagai serbuan dari 1 Januari hingga 14 Sept. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis merampas ubat-ubatan palsu, barang tidak bercukai kastam, haiwan dan hidupan liar bernilai lebih RM726 juta dalam beberapa operasi bermula 1 Januari hingga 14 September lalu.

Rampasan dibuat dalam Op Kontraban, Op Tiris dan Op Bersepadu Khazanah yang turut membangkitkan tangkapan 3,764 individu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Hazani Ghazali berkata operasi terbaru pada 7 Sept lalu membabitkan tiga serbuan di Kajang oleh Wildlife Crime Bureau/ Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), JKDNKA Bukit Aman bersama Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ads by Kiosked

Menurutnya, serbuan menumpaskan sindiket kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras tidak bercukai kastam serta pembongkaran kewujudan dua makmal haram memproses arak tiruan bagi pasaran di sekitar Lembah Klang.

“Seramai 10 individu terdiri daripada lima lelaki warga tempatan dan lima lelaki warga asing turut ditahan.

“Turut dirampas 73,800 karton rokok pelbagai jenis dan 24,573 kotak minuman keras jenis liquor yang kedua-duanya tidak bercukai kastam, nilai rampasan dianggarkan RM36,083,010 termasuk nilai cukai,” katanya dalam kenyataan.

Hazani berkata pihaknya turut merampas peralatan dan mesin memproses minuman keras dan tiga kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM395,575.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM36,478,585.

“Semua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 116C Akta Kastam, Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.