`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 20, 2023

Apa selepas 25 tahun Anwar ditangkap?

 


Pada 20 September 1998 pasukan elit polis siap dengan balaclava menyerbu rumah Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. 

Lapan hari kemudian, dia dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Mengenang insiden genap 25 tahun lalu itu, S Arutchelvan berkata Anwar kemudian menganjurkan perhimpunan besar di ibu negara yang menggoncang Putrajaya.

“Ia bukan perhimpunan agama yang boleh mengumpulkan orang dengan mudah.

“Ia adalah perhimpunan untuk mendesak perubahan institusi dan melawan rasuah serta kronisme. Gerakan itu adalah reformasi,” katanya memperingatkan orang ramai.

S Arutchelvan

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu berkata “pengasas” gerakan reformasi itu kini dihantui oleh tuduhan sama yang dilontarkan kepada musuh politiknya, terutama Mahathir Mohamad sebelum ini.

Arutchelvan merujuk kepada keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Katanya, penjelasan Anwar tidak menyakinkan dan tidak mempunya sebarang maklumat baru kecuali penafiannya campur tangan dalam kes itu.

Katanya, Anwar patut memikul tanggungjawab itu memandangkan kuasa peguam negara dan pendakwa negara masih belum dipisahkan. - Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.