`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 4, 2023

Dah 9 kali dipanggil polis berkait 3R, kata Dr M

 

Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan jawab di mahkamah berhubung ucapan yang dikaitkan dengan 3R.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah sembilan kali dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung isu berkait sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R).

“Nak siasat, siasatlah… ini sudah sembilan kali saya dipanggil. Selepas ini 10, 11 (kali)… tak apa, kita akan kira berapa kali dipanggil,”

“Saya nak cakap juga untuk bangsa saya,” katanya ketika berucap pada ceramah sempena PRK DUN Simpang Jeram, di Markas PAS Kawasan Bakri, menurut Berita Harian.

Hadir sama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan Presiden Gerakan Dominic Lau, serta calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya.

“Saya tahu apa yang diucapkan di sini akan dicatat pihak tertentu… saya kena panggil pula lagi. Kalau tanya kenapa cakap macam itu, jawapan saya senang saja… kalau salah dakwa di mahkamah. Selepas itu, bolehlah saya jawab di mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, polis memaklumkan ia menyiasat Mahathir kerana disyaki membuat kenyataan cenderung menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau perasaan tidak setia terhadap institusi diraja.

Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Mohd Khairulnizam Abdul Rani berkata Mahathir disiasat susulan kenyataan yang disiarkan sebuah portal berita pada 6 Jun lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.