`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 8, 2023

Lelaki ditahan, polis rampas syabu RM120,000

 

Jasmin Hussin (dua dari kiri) menunjukkan syabu yang dirampas di Pelabuhan Tawau dalam sidang media di IPD Tawau hari ini. (Gambar Bernama)

TAWAU: Cubaan seorang lelaki tempatan meloloskan diri daripada sekatan jalan semasa membawa dadah jenis syabu seberat 2.1kg dianggarkan bernilai RM120,000 digagalkan pihak berkuasa di Jalan Timur, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin, berkata dalam kejadian 12 tengah hari itu, suspek 30 tahun itu yang dipercayai pengedar dadah, ditahan selepas polis mengejar kereta suspek beberapa kilometer.

Katanya, suspek dalam keadaan mencurigakan dan memecut kereta selepas melakukan pusingan U daripada sekatan jalan sebelum anggota polis mengejar kereta suspek.

“Polis menemui satu bungkusan plastik bersama suspek dan di dalamnya mengandungi empat plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Pemeriksaan polis di dalam kereta suspek turut menemui sebuah kotak berisi dua bungkusan plastik hijau (mengandungi) bahan hablur jernih mampat disyaki dadah jenis sama (syabu).”

Beliau berkata, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ditangkap mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 2016 dan kini direman tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.