`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 1, 2023

Pekerja taska abai kanak-kanak ditahan

 

Ketua Polis Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata wanita itu ditahan berkait video tular memaparkan seorang individu mengasari kanak-kanak. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seorang pekerja taska ditahan polis kerana disyaki mengabai kanak-kanak lelaki berusia setahun di Bandar Bestari Perdana, Pasir Gudang, Johor selepas video kejadian itu tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata penahanan wanita itu dibuat susulan laporan ibu mangsa yang berusia 28 tahun pada 3.50 petang, 25 Ogos lalu.

Katanya, polis mengesan rakaman sebuah video tular berdurasi 44 saat menerusi akaun Facebook Mynewshub, yang memaparkan seorang individu mengasari kanak-kanak.

“Wanita tempatan berumur 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini pada 2.15 petang Selasa lepas,” katanya menurut Bernama.

Katanya, hasil semakan mendapati wanita terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif ujian dadah.

“Wanita terbabit direman selama enam hari bermula 30 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.