`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, September 30, 2023

Rakyat tak dapat beli walaupun tetap harga, Akmal ingatkan Fuziah

 

Dr Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mengawal harga dan memastikan bekalan barang makanan asas mencukupi.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mengingatkan kerajaan bahawa rakyat tidak dapat membeli barangan asas tertentu yang ditetapkan harga oleh kerajaan.

“Harga kita tetapkan, tetapi rakyat tidak dapat nak beli sebab barang tiada,” katanya kepada FMT, menjawab Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh yang mempersoalkan gesaannya supaya kerajaan kawal dan urus semua barang makanan asas.

“Isu di sini kerajaan bukan hanya perlu mengawal harga tetapi mesti memastikan barang-barang asas ini ada dan mudah dibeli.”

Semalam, Fuziah menegaskan harga barangan asas sememangnya dikawal, dan menambah Akmal selaku exco kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan makanan Melaka kena faham “punca kuasa”.

Beliau seterusnya menyenaraikan beberapa barangan asas termasuk beras tempatan, minyak masak, dan ayam, di samping RON95.

Gesaan Akmal itu menyusuli langkah Fuziah mengarahkan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menjelaskan kenaikan harga beberapa produk tertentu mulai esok.

Gardenia sebelum ini mengumumkan harga roti putih, roti gandum penuh (wholemeal), dan roti Toast’em keluarannya kekal. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.