`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 22, 2023

PM sampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB

Perdana Menteri Anwar Ibrahim malam ini berucap di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyampaikan Pernyataan Negara pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) kali ke-78 di New York.

Anwar memulakan ucapannya pada 9.45 pagi (9.45 malam waktu Malaysia), antaranya berkongsi usaha negara menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030, pelan hala tuju negara di bawah rangka kerja Malaysia Madani.

Ini kemunculan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri pada perhimpunan tahunan itu.

Tema perbahasan umum UNGA tahun ini ialah Membina Semula Kepercayaan dan Menghidupkan Semula Perpaduan Global: Mempercepatkan Tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke Arah Keamanan, Kemakmuran, Kemajuan dan Kemampanan Untuk Semua.



Selepas menyampaikan ucapan di UNGA, perdana menteri akan menyampaikan Khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY).

Pada sebelah malamnya (waktu New York), Anwar juga akan menjadi hos majlis makan malam untuk kira-kira 1,000 diaspora Malaysia. -Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.