JOHOR BAHRU: Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak mungkin Umno dapat dipulihkan semula.
Justeru, beliau meminta penyokong Umno mengundi Perikatan Nasional (PN) dalam PRK di Johor esok, jika tidak mahu terus ditipu parti yang hanya memperjuangkan nasib Presidennya, Zahid Hamidi.
Bekas perdana menteri itu berkata, Umno sudah meninggalkan perjuangan bangsa, negara dan agama, sebaliknya PN yang berjuang untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa.
“Dulu Umno berjuang untuk Melayu, Cina dan India, tapi perjuangan Umno (sekarang) terhad hanya nak lepaskan Zahid,” katanya dalam kempen terakhir di PRK Pulai, Kempas malam ini.
“Siapa dia yang masih sokong Umno akan tertipulah, dalam PRK ini tolaklah Umno, bagilah undi kepada PN.
“Nasihat saya kepada saki-baki orang Umno, tinggalkan Umno. Itu bukan Umno lagi dah, sokong PN dalam PRK ini kerana saya yakin kalau PN menang di sini, bukan saja nasib orang Melayu, nasib orang Cina pun akan terpelihara.”
Beliau berkata, pengundi bukan Melayu juga tidak patut bimbang untuk menyokong PN kerana pentadbiran Melayu tidak akan meminggirkan mereka.
“Orang Melayu tidak zalim. Kita bertimbang rasa, pegang kepada undang-undang, tapi ada sesetengah orang Melayu yang menjadi penyangak, pencuri di kalangan Melayu.”
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan berlangsung esok susulan kematian penyandang, Salahuddin Ayub. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.