`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 1, 2024

Bersatu akan ‘paksa’ kerusi berpaling tadah dikosongkan, Suhaili diberitahu

 

Ahli MPT Bersatu Dr Afif Bahardin berkata parti akan memastikan kerusi Parlimen Labuan diwakili Suhaili Abdul Rahman dan yang lain dikosongkan.

PETALING JAYA: Tiga hari selepas dilantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin menyasarkan untuk “memaksa” Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman dan lima lagi wakil rakyat mengosongkan kerusi kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Adun Taman Medan itu menyahut cabaran Suhaili kepada Bersatu supaya memecatnya dan lima lagi Ahli Parlimen, sambil menegaskan akan menggunakan ruang undang-undang dan politik untuk memaksa mereka berundur.

“Bersatu cabar beliau (Suhaili) segera kosongkan kerusi. Kami akan gerakkan apa saja cara dan kaedah di dalam lingkup perundangan dan politik bagi memastikan kerusi Parlimen Labuan dan Parlimen lain dapat dikosongkan.

“…seperti termaktub dalam Akta Anti Lompat Parti bagi memberi laluan kepada PRK dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Selasa lalu, FMT melaporkan cabaran Suhaili supaya Bersatu memecatnya dan lima Ahli Parlimen lagi, berbanding mengambil tindakan undang-undang untuk mengosongkan kerusi.

Selain Suhaili, lima Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Isnin lalu, Setiausaha Agung Hamzah Zainudin berkata Bersatu memutuskan meminda Perkara 10 Perlembagaan parti bagi menghalang insiden sama berulang, selain sedia berdepan PRK jika berlaku pengosongan kerusi wakil rakyatnya yang diambil tindakan kelak.

Pada 7 Nov, Suhaili yang juga ahli MPT ketika itu digantung keahlian enam tahun oleh Bersatu, seminggu selepas menyatakan sokongan kepada Anwar.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.