`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 12, 2024

Cabul kakitangan, doktor klinik swasta mengaku tak salah

 

Seorang doktor klinik swasta, Dr Mohamad Amin Razaly, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau hari ini atas dakwaan mencabul kakitangan wanitanya. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Seorang doktor klinik swasta di Bandar Baru Serting, Jempol dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau hari ini atas dakwaan mencabul seorang kakitangan wanitanya.

Tertuduh, Dr Mohamad Amin Razaly, 36, dari Batu Kikir, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Norshazwani Ishak, menurut Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa mencabul mangsa berusia 25 itu di dalam bilik rehat tingkat atas klinik terbabit dengan memegang tangan mangsa dan meletakkan pada kemaluannya.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 10.30 malam 19 Februari lalu dan kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farahidah Zool yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000.

Tertuduh yang belum diwakili peguam bela merayu agar jaminan dikurangkan atas alasan terputus punca pendapatan apabila kliniknya tiada pesakit datang, selain perlu menanggung komitmen bayaran kepada pembekal ubat-ubatan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dan ahli keluarga dilarang mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 24 April ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.