`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 12, 2024

Jurugambar sambilan maut ditikam kekasih cemburu

 

Seorang wanita yang dipercayai menikam kekasihnya akibat cemburu diberkas di sekitar kawasan Hospital Cyberjaya pada 12.30 tengah hari semalam.

SHAH ALAM: Seorang jurugambar sambilan maut dipercayai kerana ditikam teman wanita akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Rimbayu dekat Kota Kemuning, semalam.

Ketua Polis Kuala Langat Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, mangsa berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Cyberjaya dengan kecederaan luka tikaman di bahagian pergelangan tangan kiri dan kaki kiri.

Katanya, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.41 pagi daripada doktor di hospital berkenaan yang memaklumkan menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Doktor itu percaya mangsa dibawa dari sebuah klinik swasta. Beliau kemudiannya bertindak memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 30 minit tetapi tiada tindak balas dan denyutan nadi daripada mangsa.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada 7.25 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Ridhwan berkata, susulan itu, satu kertas siasatan dibuka dan teman wanita mangsa diberkas di sekitar kawasan hospital pada 12.30 tengah hari, dipercayai selepas membawa kekasihnya mendapatkan rawatan.

“Hasil semakan, wanita tempatan berusia 26 tahun itu ialah bekas pelajar perubatan dan bekerja sebagai model sambilan serta tidak mempunyai rekod lampau.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah cemburu kerana suspek mendapati mangsa telah berlaku curang terhadapnya,” katanya.

Menurutnya, suspek direman enam hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.