`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 11, 2024

Mesyuarat MTPN: Bimbang rahsia bocor alasan ‘mengada-ngada’, kata Sanusi

 

Sanusi Nor berkata semua maklumat kerajaan akan sampai ke MMKN namun menunggu peringkat itu akan melambatkan pelaksanaan projek.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor menyifatkan alasan tidak mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) kerana bimbang kebocoran maklumat rahsia sebagai “mengada-ngada”.

“Kebimbangan tentang kebocoran maklumat rahsia kerajaan hanyalah alasan ‘mengada-ngada’ kerana semua maklumat kerajaan akan sampai ke pengetahuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh menteri besar bila tiba masanya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau bagaimanapun berkata menunggu peringkat itu hanya akan melambatkan pelaksanaan projek.

“Mesyuarat ini penting sebagai punca kuasa sesuatu arahan segera dikeluarkan kepada agensi dan jabatan untuk mempercepat dan melicinkan proses pelaksanaan sesuatu projek,” tambahnya.

Semalam, Saifuddin dilapor berkata sikap Sanusi yang didakwa sering menghebahkan maklumat penting mesyuarat kerajaan kepada umum terutama di pentas ceramah politik menyebabkan mesyuarat MTPN Kedah tidak diadakan.

Saifuddin merupakan pengerusi bersama Sanusi bagi majlis itu.

Pada Khamis lepas, Sanusi pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Kedah dilapor mendakwa Saifuddin tidak pernah memanggil beliau bermesyuarat bagi membincangkan projek prasarana kerajaan persekutuan di Kedah.

Sanusi dalam kenyataan hari ini mengingatkan bahawa beliau menyertai mesyuarat peringkat lebih tinggi dan lebih besar seperti mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara, Majlis Air Negara, Majllis Kerajaan Tempatan, dan Majlis Perancangan Fizikal Negara “tanpa sebarang masalah”.

“Tidak ada rahsia kerajaan yang bocor pun,” katanya.

Sanusi berkata beliau juga bermesyuarat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berulang kali tanpa sebarang masalah “kerana kita sedar topi apa yang sedang kita pakai”.

“Jangan-jangan beliau (Saifuddin) sebetulnya malu mata nak bermesyuarat bersama?” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.