`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 20, 2024

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 palsu, kata JPA

 

Poster Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 sebanyak RM700 yang tular sejak semalam di media sosial, disahkan palsu. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan poster Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 sebanyak RM700 yang tular di media sosial sejak semalam, palsu.

“Maklumat yang tertera di poster tersebut palsu. Poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai,” menurut JPA menerusi status dimuat naik di akaun Facebook.

Turut dilampirkan pada status itu ialah poster palsu berkenaan yang pada bahagian bawah kanan poster itu menunjukkan infografik tersebut disediakan oleh UKK (Unit Komunikasi Korporat) JPA pada Disember 2022.

Poster palsu itu antara lain menyatakan bantuan khas itu akan dibayar pada 5 Apr depan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.