`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 22, 2024

CIMB perkasa bakat muda tempatan dalam industri seni muzik

 

cimb
Konsert ‘CIMB 100 Years & More Kita Bagi Jadi’ yang dijadual pada 24 Nov ini bakal menampilkan pemuzik muda Orkestra Muda Filharmonik Malaysia (MPYO).

PETALING JAYA
CIMB, salah satu syarikat perbankan negara bakal mengadakan konsert ‘CIMB 100 Years & More Kita Bagi Jadi’ sebagai penghormatan meraikan semangat kental rakyat Malaysia mendepani cabaran kehidupan serta mengetengahkan bakat muda tempatan dalam industri seni muzik.

Selari dengan sambutan ulang tahun CIMB ke-100 dengan gerakan sosialnya ‘Kita Bagi Jadi’, konsert ini mempamerkan komitmen berterusan bank memupuk impak positif menerusi pemerkasaan ekonomi dan keterangkuman kewangan dalam kalangan komuniti di bawah kendaliannya.

Konsert ini bakal menampilkan gabungan artis ternama serta bakat muda dari Orkestra Muda Filharmonik Malaysia (MPYO) di bawah pimpinan konduktor Ahmad Muriz Che Rose, 55.

Bukan hanya sekadar penghibur, penyanyi dan pemuzik dipilih kerana mempunyai elemen utama melambangkan semangat ‘Kita Bagi Jadi’ dalam mengharungi jatuh bangun mereka dalam karier seni masing-masing.

cakra khan
Penyanyi terkenal Indonesia Cakra Khan bakal membuat penampilan khas pada Konsert ‘CIMB 100 Years & More Kita Bagi Jadi’.

Bagi Ahmad Muriz keterujaan untuk beraksi bersama artis terkemuka sudah mula dirasai pemuzik MPYO.

Menyifatkan peluang ini sebagai lonjakan besar MPYO, Muriz yang juga ketua Jabatan Perkembangan Bakat Muzik, Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) berkata, kerjasama ini sudah pasti mampu mendorong kemampuan dan kreativiti pemuzik muda MPYO ke tahap lebih tinggi.

“Kami teruja menantikan latihan pertama dan menyaksikan segala susunan muzik direalisasikan untuk memberikan persembahan terbaik pada 24 Nov nanti,” katanya memaklumkan persiapan berjalan seperti dirancang.

Free Malaysia Today
Ahmad Muriz bersama pemuzik muda MPYO menjalani latihan bagi persembahan akan datang.

Dalam pada itu, berkongsi perjalanannya dalam bidang seni, Muriz berkata ia sememangnya tidak mudah dan menurutnya tanpa disiplin dan kerja keras dia mungkin tidak sampai ke tahap seperti sekarang.

“Secara peribadi, saya sentiasa ingin bekerja dengan sebuah orkestra, namun tidak pernah terlintas bahawa suatu hari nanti saya akan menjadi seorang konduktor bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) kerana standard artistiknya yang begitu tinggi,” katanya.

Menurutnya, konsert ini bukan sekadar hiburan sebaliknya menjadi platform memperkasakan bakat muda tempatan seiring dengan visi CIMB, yang banyak membantu menyemarakkan apresiasi seni di Malaysia.

Pemuzik muda asah bakat di konsert anjuran CIMB

Sementara itu, bagi pemuzik muda MPYO, Khor Hui-Ryu atau Brenda, 17, berkata dia yang dahulunya berdepan dengan fobia pentas kini semakin yakin dan berani tampil di hadapan khalayak.

Menurutnya, pengalaman bersama MPYO bukan sahaja membantunya mengatasi gugup di pentas, tetapi juga memberinya peluang berguru dengan pemuzik hebat daripada MPO, sebuah orkestra profesional utama di Malaysia, yang dianggapnya sebagai pengalaman amat berharga.

“Momen bermakna apabila saya menjalani sesi mentor bersama tutor MPO, mempelajari teknik dan ekspresi baharu untuk diterapkan dalam persembahan saya,” katanya.

Free Malaysia Today
Pemuzik muda MPYO, (dari kanan) Benedict Koh Zheng Rong, Khor Hui-Ryu (Brenda) dan Sha Kah Yan tekun mendengar tunjuk ajar dan bimbingan konduktor Ahmad Muriz Che Rose (kiri).

Selain Brenda, Sha Kah Yan, 14, yang juga pemain biola, berkata terpilih menyertai MPYO seakan mimpi menjadi realiti buat dirinya yang bukan datang daripada keluarga berlatar belakang muzik.

“Saya tiada rujukan atau bimbingan muzik, tetapi selepas menyertai MPYO, tutor MPO banyak membantu.”

Bagi seorang lagi pemain biola, Benedict Koh Zheng Rong, 16, MPYO bukan hanya sekadar mengasah kebolehannya sebagai pemuzik, malah orkestra itu telah banyak mengubah cara hidupnya menjadi seorang lebih berdisiplin.

“Sebelum menyertai MPYO, saya kurang berdisiplin, tetapi kini selepas menyertai MPYO, saya lebih berdisiplin melalui rutin latihan,” katanya yang teruja diberi peluang menjadi pemuzik untuk konsert CIMB yang penuh makna ini.

Free Malaysia Today
(Dari kiri) Ketua Wilayah Acara Korporat CIMB Group Ismail Ani Arope; pemenang CIMB Rising Start ASEAN Scha Nuril; Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Kumpulan CIMB Group Toni Darusman, Azlan Typewriter; Jaclyn Victor; Zainal Abidin; dan  Ketua, Jabatan Perkembangan Bakat Muzik Orkestra Filharmonik Malaysia Ahmad Muriz Che Rose pada sidang media Konsert CIMB 100 Years & More Kita Bagi Jadi.

Komitmen CIMB dalam menyokong bakat-bakat tempatan terbukti sejak sekian lama dengan pelbagai program dijalankan bagi memperkasa anak muda tempatan dalam seni, sukan dan pembangunan komuniti.

Baru-baru ini, CIMB mengukuhkan komitmennya dengan menandatangani perjanjian dengan MyCreative Ventures selama setahun bagi menyokong MPYO, sekali gus mencerminkan pelaburan bank berkenaan untuk pembangunan generasi akan datang.

Menerusi kerjasama ini, ahli MPYO berpeluang menyertai pelbagai program pembangunan, termasuk kem muzik intensif selama 30 hari Akademi Nazir Razak, CIMB di Bangi.

Konsert ‘CIMB 100 Years & More Kita Bagi Jadi’ dipersembahkan oleh 100 artis selama 100 minit dan dijadual berlangsung pada 24 Nov 2024 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gerakan sosial Kita Bagi Jadi, dan pelbagai aktiviti berkaitan, sila layari laman web https://www.cimb.com.my/kitabagijadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.