`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 5, 2025

Nafi tak cukup, Amanah tetap lapor kiasan Fadhli didakwa ‘hina Agong’

 

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari menerusi Facebook memuat naik kenyataan dikatakan menghina Agong, sejurus Umno membatalkan penyertaan dalam himpunan solidariti Najib Razak.

PETALING JAYA
Pemuda Amanah akan membuat laporan polis terhadap Ahmad Fadhli Shaari berkait kiasan sinis didakwa mengaitkan Yang di-Pertuan Agong, walaupun ketua penerangan itu menafikan.

Baru-baru ini, Fadhli menerusi Facebook berkata: “Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban.”

Naib Ketua Pemuda Amanah Ammar Atan, berkata laporan itu dibuat supaya polis melakukan siasatan termasuk siasat Ahli Parlimen Pasir Mas bawah Akta Hasutan.

“Kami komited memastikan tiada mana-mana pihak menjadikan institusi raja sebagai alat retorik politik. Ini bukan kali pertama PAS terlibat dalam isu yang mencabar institusi diraja,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, negara memerlukan politik bermaruah, bukan permainan naratif merendahkan institusi diraja.

“Kenyataan yang dikeluarkan selepas titah Agong berhubung perhimpunan solidariti Najib Razak, menimbulkan persoalan serius sama ada ia disengajakan atau merupakan kecuaian yang tidak boleh diterima.”

Pemuda Amanah juga kata Ammar, menuntut Fadhli buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat.

Hari ini, Fadhli menafikan kiasan sinis di media sosialnya pada Jumaat lalu mempunyai kaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mendakwa, tiada ayat atau bahagian kenyataan dikeluarkan Istana Negara melarang himpunan solidariti untuk bekas perdana menteri, Najib Razak, di Istana Kehakiman, Putrajaya, esok.

Sebelum itu, Istana Negara mengingatkan semua pihak menghormati kuasa prerogatif Agong mengampun atau mengurangkan hukuman seseorang banduan dan menggunakan saluran perundangan ditetapkan.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain turut menggesa orang ramai tidak menyertai apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, demi menghormati titah Agong.

Tidak lama kemudian, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan parti tidak akan meneruskan himpunan solidariti itu atas prinsip menjunjung titah Agong dan mematuhi gesaan ketua polis negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.