`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 




Saturday, February 8, 2025

5 kampung di Sabah dilanda banjir

 

Free Malaysia Today
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah berkata jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS setakat 8 malam tadi seramai 721 orang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Lima kampung di daerah Membakut, Sabah dilanda banjir petang tadi, maka jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dijangka bertambah.

Bernama yang memetik Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah melaporkan mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut, selepas daerah itu dilanda banjir pada 3 petang tadi.

Urusetia memaklumkan jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS setakat 8 malam tadi seramai 721 orang daripada 212 keluarga.

Secara keseluruhan, seramai 430 orang (137 keluarga) sedang berlindung di tiga PPS di daerah Beaufort, 278 orang (71 keluarga) di dua PPS di daerah Kinabatangan, dan 13 orang (empat keluarga) di daerah Tambunan.

Sementara itu di Sarawak, jumlah mangsa yang berlindung di PPS menunjukkan pengurangan, daripada 3,454 orang kepada 3,082 orang.

Bintulu mencatatkan penurunan jumlah mangsa kepada 1,775 orang daripada 1,836 orang, begitu juga di Sibu daripada 737 orang kepada 429 orang, manakala di Miri daripada 274 orang kepada 271 orang.

Jumlah mangsa di Mukah bagaimanapun kekal 607 mangsa, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dilapor berkata.

Tiga PPS iaitu SMK Sebauh dan SMK Bekenu di Bahagian Miri serta Kompleks Sukan Kanowit di Bahagian Sibu ditutup menjadikan 16 PPS masih beroperasi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.