`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, February 10, 2025

Mangsa banjir Sabah meningkat, Sarawak catat penurunan

 

Free Malaysia Today
Bilangan mangsa banjir di Sabah terus meningkat manakala di Sarawak pula mangsa berkurangan setakat pagi tadi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Bilangan mangsa banjir di Sabah terus mencatatkan peningkatan manakala jumlah di Sarawak pula menurun setakat pagi tadi, dengan kedua-dua negeri merekodkan seramai 2,757 orang mangsa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan, berkata jumlah mangsa di negeri itu meningkat kepada 1,223 orang daripada 382 keluarga berbanding 1,034 orang daripada 322 keluarga, malam tadi.

Katanya, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu juga dibuka di Beaufort, menjadikan tiga PPS beroperasi di daerah itu.

“Ia menempatkan 689 orang (227 keluarga), manakala 282 orang (72 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan dan 252 orang (83 keluarga) ditempatkan di sebuah PPS daerah Membakut.

“Trend pemindahan mangsa banjir di semua daerah kekal pada pagi ini,” menurut kenyataan itu, lapor Bernama

Sementara itu di Sarawak, jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan kepada 1,534 orang berbanding 1,570 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan, setakat ini sebanyak 14 PPS masih beroperasi dengan empat yang aktif di Bahagian Bintulu menempatkan 612 mangsa berbanding 613 orang malam tadi.

“Bahagian Mukah pula kekal merekodkan 603 orang di empat PPS, manakala jumlah mangsa di Bahagian Miri menurun kepada 288 orang di empat PPS berbanding 321 sebelum ini.

“Sibu menjadi antara empat bahagian di Sarawak yang masih terjejas dengan bencana tersebut, kini mencatat 31 mangsa di dua PPS berbanding 33 orang malam tadi,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.