`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, February 21, 2025

Waspada laman menyamar Motac

 

Free Malaysia Today
Motac sedang bertindak untuk sekat dan tutup lawan sesawang yang menyamar sebagai platform rasmi bagi carian syarikat pelancongan. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan laman sesawang palsu yang menyamar sebagai platform rasmi kementerian itu bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Motac memaklumkan laman sesawang palsu menerusi pautan https://www.motacgov.com/semakan/tobtab/#/ dan https://www.motacgov.com/#/ berkemungkinan digunakan untuk memperdaya pengguna dengan maklumat tidak sah atau menyalurkan perkhidmatan yang tidak diiktiraf kementerian.

“Motac memandang serius perkara ini kerana ia boleh mengelirukan orang ramai dan berpotensi menyebabkan penipuan.

“Tindakan sewajarnya sedang diambil bagi menangani isu ini, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menyekat dan menutup laman sesawang palsu berkenaan,” menurut kenyataan.

Motac memaklumkan semua maklumat rasmi mengenai syarikat pelancongan dan pemandu pelancong berlesen hanya boleh diakses melalui laman sesawang rasmi kementerian di https://www.motac.gov.my/.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai laman sesawang mencurigakan atau menjadi mangsa penipuan berkaitan perkara itu boleh membuat aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam di https://motac.spab.gov.my/.

Aduan juga boleh dikemukakan melalui e-mel kepada ukk@motac.gov.my atau menghubungi talian 03-80008000. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.