
Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Puteri Nur Allysha Mayzarah Mohd Azri diminta melaporkan kepada pihaknya.
Katanya, polis menerima laporan daripada ibu remaja berkenaan pada hari sama.
Menurutnya, berdasarkan laporan ibu remaja terbabit menyedari anak perempuannya hilang selepas mendapati dia tiada di rumah di Kampung Pandan, Kuantan, pada 4.30 petang.
“Ibu remaja itu keluar mencari dan cuba menghubungi melalui telefon tetapi gagal. Bimbang keselamatan anaknya, ibu itu membuat laporan polis pada 8.10 malam hari sama.
“Kali terakhir ibu bertemu anak perempuan bongsu daripada tiga beradik itu pada 12 tengah hari, hari sama,” katanya menurut Berita Harian.
Wan Zahari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu ke balai polis berhampiran. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.