`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Wednesday, June 10, 2026

12 warga Myanmar ditahan seludup masuk secara haram

 Mereka ditahan di kawasan hutan di Pasir Mas selepas dipercayai masuk ke negara ini dengan seberangi Sungai Golok.

Warga Myanmar yang ditahan di kawasan hutan di Kampung Tok Rusa, Meranti, petang semalam kerana masuk ke negara ini secara haram. (Gambar PGA)
PETALING JAYA:
Pihak berkuasa menahan 12 warga Myanmar yang dipercayai menyeludup masuk ke negara ini secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok di Pasir Mas, Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain, berkata semua warga asing termasuk lima wanita itu ditahan ketika bersembunyi di kawasan hutan berhampiran Kampung Tok Rusa, Meranti, petang semalam.

Katanya, semua warga asing berkenaan dipercayai masuk ke negara ini melalui Sungai Golok dan menjadikan kawasan hutan itu sebagai transit sebelum dibawa ke destinasi lain untuk elak dikesan pihak berkuasa, lapor Berita Harian.

“Bertindak atas maklumat anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Wawasan ke kawasan berkenaan selepas menerima maklumat.

“Pemeriksaan di kawasan terbabit menemui 12 individu warga Myanmar dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Menurutnya, semua warga asing berusia 22 hingga 41 tahun itu ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen.

Katanya, warga asing itu diserahkan ke IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.