Kalau masak masakan Malaysia sebutlah betul-betul.

Roti canai kegemaran kita rakyat Malaysia. Melayu, India, Cina, kawan-kawan di Borneo – semua suka. Kita nikmatinya waktu sarapan, ‘time’ minum petang, makan masa malam, malah lewat malam. ‘Supper’ la konon. Ada dalam kalangan kita cukup minat ia dibakar garing dan disaji banjir.
Namun, roti canai tetap kalah kepada nasi lemak ‘as far as national cuisine is concerned’. Umum mengiktiraf nasi lemak sebagai makanan kebangsaan.
Makanan nasional. ‘Rightly so’. Tak perlu tanya mengapa, tak perlu dipertikai.
Mungkin kerana roti canai dibawa dari luar. Oleh itu, dilihat tidak 100% ori Malaysia.
Roti canai diperkenal atau dibawa ke Malaya oleh masyarakat India Muslim. “Ya setahu saya begitu. Oleh Mamak, Tamil Muslim. Mungkin juga oleh Kaka dari Malabar. Kaka ialah Kerala Muslim,” kata wartawan Jahabar Sadiq.
Jahabar sering juga menulis mengenai makanan dan pernah menerbitkan buku mengenai nasi kandar berjudul ‘Kandaqstan’.
Kata beliau, roti canai boleh didapati di India dan Singapura hingga sekarang. Cuma ia dikenali sebagai paratha. Roti sama nama lain. Semasa saya budak-budak dulu nama roti paratha digunakan di restoran India Muslim di Kuala Lumpur. Tempat lain saya tak tahu.
Saya juga tak tahu bila roti paratha jadi roti canai khususnya di Kuala Lumpur. ‘Tup tup’ hilang paratha wujud canai. Sesuatu yang membanggakan roti canai di Malaysia bukan sahaja dibuat oleh masyarakat India – Muslim atau bukan Muslim. Orang Melayu juga ramai yang pandai tebar dan bakar. Dan roti canai Melayu tidak kurang hebatnya.
Namun, roti canai tidak dapat pengiktirafan ‘it deserves’. Kita ‘most of the time take it for granted’. Tetapi, baru-baru ini keadaan seakan berubah. Ada situasi ‘light at the end of the tunnel’.
Roti canai dibawa ke pentas antarabangsa. Seorang ‘content creator’ bernama Jaime Tan mengambil bahagian pertandingan ‘Master Chef US’. Dan beliau menyediakan apa yang beliau kata ‘a flaky flatbread that we eat in Malaysia with Malaysian coconut curry’.
Saya tak pasti sama ada Tan warga Malaysia. Bunyi macam Malaysian yakni ‘we eat in Malaysia’ tetapi bunyi ‘can be deceiving’ kadangkala. Bagaimanapun, ayahnya menurut says.com is Malaysian.
Apa pun sajian Tan menyelerakan dan memikat hati Gordon Ramsay and Co lantas Tan menang salah satu ‘challenges’ Master Chef US. Tahniah. Bukan sahaja buat Tan tetapi buat roti canai. Akhinra roti canai dapat ‘international recognition’.
Namun, Tan memanggil roti canai masakannya ‘roti kanai’. ‘Stand up comedian’ Jason Leong dalam klip video pendek berkata “for the record it’s pronounced roti cha nai..you ##++**.” Jika anda belum tengok klip Leong silalah. Ada di YouTube. Menarik dan lucu.
Jadi, yang diumumkan di pentas AS ialah roti kanai bukan roti canai. Saya ulang tajuk atikel ini. Kasihan si roti canai. Kanai yang ‘famous’ bukan canai.
Kata Leong “I don’t think that person (Tan) has ever been to Malaysia or has ever eaten that dish that she cooked”. Mungkin ada benarnya kata-kata Leong.
Bagaimanapun, Leong mengucapkan kepada Tan “good luck semoga maju jaya syabas tahniah please advance to the next round, cook more Malaysian dishes and pronounce them correctly and Malaysians will eventually forgive you”. Kena tengok video untuk ‘feel’ apa yang dikata.
Saya sependapat dengan Leong. Ya ‘next time’ kalau masak masakan Malaysia sebutlah betul-betul. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.