`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Wednesday, June 10, 2026

Tuntutan Bersatu terajui PN tak cermin realiti, kata penganalisis

 Azmil Tayeb dari USM berkata Bersatu masih bergelut dengan masalah dalaman.

muhyiddin yassin Ahmad Samsuri Mokhtar
Muhyyiddin Yassin digantikan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi PN Februari lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tuntutan dua pemimpin Bersatu supaya Presiden Muhyiddin Yassin diangkat pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak mencerminkan realiti politik semasa, kata penganalisis politik.

Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata, timbul persoalan kemampuan Bersatu menerusi Muhyiddn membawa agenda penyatuan Melayu secara inklusif seperti dinyatakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin.

Azmil Tayeb
Azmil Tayeb.

Beliau berkata, Bersatu masih berdepan perpecahan dalaman sehingga menyaksikan beberapa wakil rakyatnya dipecat atau digantung, merujuk pemecatan bekas pemimpin antaranya Hamzah Zainudin.

“Bagaimana Muhyiddin mahu menyatukan orang Melayu sedangkan Bersatu sendiri berpecah?” katanya kepada FMT.

Azmil berkata, secara asasnya PAS dilihat lebih layak mengetuai PN kerana parti itu memiliki kerusi Parlimen terbanyak dalam gabungan, selain mempunyai jentera politik lebih tersusun dan ampuh.

Katanya, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar juga wajar diberi ruang membuktikan kemampuannya sebagai ‘jeneral perang’ PN pada PRU16 sebelum prestasinya dinilai.

Semalam, Afif menggesa jawatan pengerusi PN dikembalikan kepada Muhyiddin selepas PAS memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu.

Menurutnya, Muhyiddin mempunyai kredibiliti untuk membawa agenda penyatuan Melayu yang inklusif.

Kenyataan itu disokong Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengkritik Samsuri kerana didakwa ‘menghilangkan diri’ dalam menjawab beberapa isu penting.

Dakwanya, keadaan itu menyebabkan PN dilihat tidak efisien dan lambat bertindak balas terhadap perkembangan politik semasa.

Azmi Hassan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berkata, kemelut melanda PN bukan berpunca kegagalan Samsuri atau PAS, sebaliknya ketidakampuan Bersatu menguruskan masalah dalamannya sendiri.

“Kita masih tidak tahu status PN sekarang apabila dua parti utama, PAS dan Bersatu putus hubungan kerjasama.

“Jadi, persoalannya sama ada PAS akan keluar PN atau Bersatu bakal mengundurkan diri,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.