Para menteri besar dan ketua menteri serta perdana menteri bersidang di Parlimen hari ini.

Mesyuarat turut meneliti tahap kesiapsiagaan negara menghadapi fenomena El Nino yang dijangka memberikan kesan ke atas bekalan air, sektor pertanian, keselamatan makanan serta meningkatkan risiko cuaca panas melampau dan jerebu.
“Penekanan turut diberikan kepada usaha memastikan setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berpaksikan kepentingan rakyat, di samping memperkukuh daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti serta menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara,” kata Anwar di Facebook.
Mesyuarat itu memberikan tumpuan kepada pelbagai inisiatif kerajaan ke arah memperkukuh dan memulihkan ekonomi negara susulan cabaran serta ketidaktentuan yang berpunca daripada konflik di Asia Barat dan memberikan kesan kepada ekonomi global.
Anwar berkata semangat kebersamaan dan kesepakatan yang dizahirkan menerusi mesyuarat itu akan terus memperkukuh hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri demi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh seluruh rakyat. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.