`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Tuesday, June 23, 2026

Penunggang cedera rempuh pintu hospital, positif dadah

 Mangsa yang cedera dibawa ke bilik kecemasan untuk rawatan dan disahkan positif dadah jenis methamphetamin.

Penunggang positif dadah rempuh pintu unit kecemasan hospital fb pic 23626
Lelaki itu dipercayai dari arah Jalan Sultan Mahmud menghala ke zon kecemasan HSNZ sebelum hilang kawalan dan merempuh pintu kaca di zon hijau hospital. (Gambar Facebook)
KUALA TERENGGANU:
Seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas merempuh pintu kaca Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), kira-kira 3 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata siasatan mendapati lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai dari arah Jalan Sultan Mahmud menghala ke zon kecemasan HSNZ, sebelum hilang kawalan dan merempuh pintu kaca di zon hijau hospital.

Mangsa yang cedera di kedua-dua tangan dibawa ke bilik kecemasan untuk rawatan dan disahkan positif dadah jenis methamphetamin.

“Mangsa dibawa menjalani ujian air kencing kerana tingkah lakunya yang mencurigakan,” menurut kenyataan.

Lelaki itu masih ditahan di wad HSNZ untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat bawah Kaedah 10, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.