`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 30, 2012

WHEELCHAIR CONFISCATED ONLY FRICTION (RAMPASAN KERUSI RODA HANYALAH FITNAH) - in Malay



BUKTI.....Manja menunjukkan dua kerusi roda (kiri dan kanannya) yang diterimanya daripada Pejabat Parlimen Beluran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Gambar sisipan Pengerusi JKKK Kg Pulau Keniongan, Datu Madlis.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

TINDAKAN pemimpin parti pembangkang yang menjelajah keberapa buah kampung termasuk Kampung Pulau Keniogan di DUN Labuk dan Parlimen Beluran sambil menabur pelbagai fitnah dan menghasut rakyat supaya tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU 13 nanti, disifatkan sebagai sudah kehabisan modal.

Walaupun tujuan mereka menfitnah kerajaan BN/UMNO untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat yang sedia terjalin sekian lama, namun tidak sedikitpun melemah atau mematahkan semangat terhadap perjuangan para penduduk kampung tersebut, malahan terus setia kepada BN dan UMNO.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Keniogan, Datu Madlis Aziz berkata, mereka membuat dakwaan sesuka hati tanpa mengetahui isu sebenar yang mereka suarakan termasuk di laman sosial dan media alternatif.

"Kami di Keniogan menjalani kehidupan sederhana dalam suasana bersatu padu dan saling memahami serta bersyukur dengan perhatian yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam membantu penduduk di sini yang kebanyakannya golongan nelayan.

"Janganlah perpaduan kami dipecah belahkan oleh parti pembangkang dengan menabur fitnah dan menggunakan isu yang mereka tidak tahu faktanya," katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Madlis yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Beluran berkata demikian bagi mengulas isu yang disiarkan di Sabahkini.net mengenai dakwaan ada pemimpin Umno merampas sebuah kerusi roda milik seorang OKU ketika menghadiri Majlis Angkatan Perubahan Sabah (APS) di pulau itu, baru-baru ini.

Mengulas perkara itu, Madlis berkata soal isu OKU terbabit yang dikenali sebagai Simanja, sebenarnya tiada sesiapa yang merampas kerusi rodanya.

Sebaliknya, OKU terbabit masih memiliki dua lagi kerusi roda yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee dan terbaru sebuah lagi sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagaimanapun, beliau berkata pada masa kejadian, OKU itu tidak memakai dua kerusi rodanya, sebaliknya meminjam kerusi roda milik isteri Madlis yang mengalami sakit kaki menyebabkan sukar berjalan sumbangan Hospital Beluran.

Katanya, pada hari yang sama, SiManja telah menggunakan kerusi roda tersebut ketika menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh APS.

Menurut Madlis dia dan isterinya balik ke pulau itu dari Sandakan pada hari yang sama lalu pergi mengambil kerusi roda yang dipinjam oleh OKU itu untuk kegunaan isterinya di rumah.

Beliau berkata siManja kemudian menyerahkan kerusi roda itu dan kemudian mengambil sebuah kerusi roda yang terdapat di rumahnya dengan bantuan penduduk kampung.

Madlis berkata tiada soal merampas kerusi roda dan selain itu, OKU terbabit juga menerima bantuan lain daripada kerajaan iaitu sebuah rumah dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan elaun bulanan daripada Jabatan Kebajian Masyarakat.

Sehubungan itu, Madlis kesal kerana pembangkang mula menggunakan taktik kotor yang hanya pandai mencipta isu yang tidak wujud bagi menjatuhkan imej Ahli Parlimen Beluran dan pemimpin UMNO yang amat prihatin terhadap rakyat. - Sabahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.